Tanggalkan Road Tax Cermin Kereta Tanpa Ada Kesan Comot

r2

Gambar credit Fire Starting Automobil

Mungkin ramai pengguna kenderaan pacuan 4 roda tidak tahu cara yang mudah untuk tanggalkan ”road tax” di cermin kenderaan masing-masing. Mereka akan mengambil jalan mudah dengan menarik ”road tax” sekuat hati sehingga meninggalkan kesan comot ataupun sampai terkoyak ”road tax” tersebut. Ish ish

Alamak! Buruk dah cermin kereta aku! Menyesal pulak tarik kuat-kuat tadi. Aduhh

Tanggalkan Road Tax Cermin Kereta Tanpa Ada Kesan Comot

Sebenarnya ada cara yang sangat senang untuk tanggalkan ”road tax” tanpa ada kesan comot atau terkoyak. Tips ini saya dapat dari seorang pengguna facebook yang comel iaitu Debu Putih. Thanks ya!

Barang yang diperlukan :

  • Kain
  • Air panas
  • Besen/baldi (untuk rendam kain dalam ni)

Meh kita tengok cara nak tanggalkan ”road tax” dengan hanya 3 barang di atas.

r3

Cermin depan yang ada pelekat ”road tax”

r4

Rendam kain dalam besen dengan air panas

r5

Letakkan kain yang dah direndam tadi atas cermin kereta bahagian luar.

r6

Biarkan 5-10 minit. Biar gamnya cair gitu.

r7

Dah boleh tarik!

r8

Tarik sampai habis okey?

7

Tadaaaa~ Siap! Tak ada kesan comot atau terkoyak pun. Hihi

Kenapalah aku tak tahu awal-awal  cara ni ek? Haha

Baca juga InstantShawl Vivadea Buatkan Muka Jadi Slim

Respons Pembaca

berkata tentang ini

One comment

  1. Pingback: Tanggalkan Road Tax Cermin Kereta Tanpa Ada Kesan Comot - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *