Teknik Bersihkan Karat Pada Oven Guna Baking Soda

Saya jamin setiap isi rumah pasti ada oven bukan? Surirumah sepenuh masa terutamanya, sangat memerlukan peralatan memasak seperti oven dan juga microwave. Tapi, selalu sangat akan timbul 1 masalah ini, yang mana anda tidak akan dapat elak.

Teknik-Bersihkan-Karat-Pada-Oven-Guna-Baking-Soda
Teknik Bersihkan Karat Pada Oven Guna Baking Soda

Masalah karat dan kekotoran pada dasar oven serta besi-besi oven sukar dihilangkan walaupun anda tonyoh dengan besi pembersih ( entah apa gelarannya, saya tak pasti. Haha ). Kadang tu, masa anda bakar ayam atau ikan, lemak akan mencair dan mengotorkan pada alas sewaktu membakar. Paling parah, apabila lemak mahupun rempah-rempah tu jadi keras tang tu jugak.

Tonyohla dengan sabun ke, peluntur ke, memang tak hilang kotoran tu

Teknik Bersihkan Karat Pada Oven Guna Baking Soda

Ada 1 cara ni, ternyata berkesan 100% iaitu:

  1. 2 sudu teh baking soda campurkan bersama air dan gaul kan dalam mangkuk yang sesuai
  2. Gosokkan campuran tu kat permukaan oven yang berkarat ( warna kotoran akan berubah jadi perang ), biarkan dan peram 12 jam. Hehe
  3. Lepas 12 jam, lap tempat yang anda telahpun sapu baking soda sebelum ni
  4. Kemudian, masukkan cuka ke dalam botol spray dan boleh lah sembur cuka tu kat sisa-sisa baking soda yang tertinggal.
  5. Bersihkan keseluruhan guna kain bersih

Untuk bahagian cermin oven pula, guna teknik yang sama cuma kalini biarkan peram selama 20-30 minit sahaja.

Baca Juga Hilangkan Dagu Berlapis Dengan Teknik Mudah Dan Jimat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *