Siapa layan drama korea ‘Marriage Not Dating‘? Channel 601 Hypp TV. Cerita ni setiap hari isnin dan selasa pukul 8 malam. Saya dah habis tengok tau sebab tak sabar nak tengok “ending” dia macam mana. Kat tv baru sampai episod berapa. Tu yang terus tengok kat youtube tu. Hihi.
Kisah Pasangan Korea Yang Pura-pura Bercinta Kerana Terpaksa
Ok, sekarang ni saya nak cerita sikit pasal drama ni. Sikit je tau! Hihi. Nama hero nya Gong Gi Tae, seorang pakar pembedahan plastik yang kaya. Heroin dia pulak Joo Jang Mi, orang biasa-biasa yang sangat happy go lucky dan perangai dia memang ‘gila-gila’. Kisahnya macamni, si Gi Tae ni suka kehidupan yang sunyi dan keseorangan jadi dia tak ingin dan tak terdetik kat hati dia untuk berkahwin tapi keluarga dia suruh dia kahwin cepat. One day kawan baik Gi Tae, (Hoon Dong) ni minta tolong dari dia. Hoon Dong suruh Gi Tae datang kat hotel tempat janji temu antara Hoon Dong dan Jang Mi.
Masa ni Jang Mi, masih jadi girlfriend Hoon Dong. Jang Mi ni dah betul-betul sayang kat Hoon Dong, & dia sendiri yang melamar Hoon Dong
Hoon Dong taknak kahwin dengan Jang Mi tapi, dia tak berani cakap dengan Jang Mi. Jadi, hubungan mereka ni macam tergantunglah kan. Jang Mi tak tahan dengan situasi ni, dia pergi cafe Hoon Dong untuk cari Hoon Dong. Kebetulan Gi Tae ada kat cafe tu, Jang Mi terus ‘serang’ Gi Tae dan tanya pasal Hoon Dong.
Lakonan Jang Mi dalam marriage not dating memang kelakar habis. Sebab terlalu “clumsy”
Gi Tae tak sampai hati nak terus terang kat Jang Mi tentang perasaan Hoon Dong kat Jang Mi. Mereka gaduh besar sampailah Gi Tae terlepas cakap dan buat Jang Mi terdiam dan menangis. Kebetulan pula, mak Gi Tae ternampak situasi tu & dia ingatkan Jang Mi tu girlfriend Gi Tae. Jadi, mak Gi Tae jumpa Jang Mi dan jemput dia untuk datang ke rumah.
Sampai kat hospital, Mak Gi Tae jumpa Gi Tae dan suruh bawa “perempuan” yang dia dah jemput ke rumah. Kalau tak, rumah kesayangan Gi Tae akan diambil balik! Gi Tae blur. Perempuan mana yang mak dia jemput? Tapi Gi Tae teringat balik apa yang Jang Mi cakap masa kat balai polis tentang ada seorang perempuan tua jemput dia datang ke rumah.
Dari situ Gi Tae dah dapat tangkap siapa yang mak dia jemput. Jadi dia terpaksa bawa Jang Mi jumpa keluarga dia dan mereka terpaksa pura-pura sedang bercinta. Gi Tae buat macamtu sebab dia yakin yang keluarganya terutama mak dia, takkan terima hubungan dia dengan Jang Mi. Jadi dia boleh duduk seorang diri selamanya.
Masa ni Jang Mi larikan diri masa pilih baju pengantin dengan mak Gi Tae. Aik camne Gi Tae boleh ada ngan Jang Mi ni?
Saat Gi Tae bawak Jang Mi jumpa keluarga dia. Pengsan mak dia tengok Jang Mi macamni. Haha
Jang Mi dah ada kedai makan sendiri!
Tapi apa ending dia? Adakah Gi Tae akan keseorangan selamanya atau akan berkahwin dengan Jang Mi?
Sebab apa mak dia tak terima?
Apa jadi bila ex-girlfriend Gi Tae mula kembali menghampiri? Malah menjadi batu api antara mereka?
Kenapa Hoon Dong mula mengejar Jang Mi semula?
Dan siapa lelaki yang sentiasa di sisi Jang Mi selalu? Hinggakan Gi Tae mula rasa marah?
Korang tengoklah sendiri drama tu.
Drama yang sangat kelakar dan best!
Ditambah pula dengan telatah Jang Mi yang selamba dan “gila-gila” melampau, pasti buat korang ketawa sendirian. Hihi
Eh sape pulak ni? Ni ‘skandal’ Jang Mi la kot. Hihi
Walaupun lelaki-lelaki kat gamba atas ni suka seorang wanita yang sama tapi mereka takkan putuskan persahabatan mereka. How Sweet ^^
Baca juga Cerita Di Sebalik Ipman 3
3 thoughts on “Kisah Pasangan Korea Yang Pura-pura Bercinta Kerana Terpaksa”