Perkongsian ini diharap dapat membantu wanita kat luar sana yang ingin hamil cepat.
22/5 aku decide untuk redah pergi klinik Dr Hamid.
Aku pernah gugur tahun 2013 waktu usia kandungan 11 minggu. Lepas gugur, memang tak follow up dengan doktor sebab faktor malas, busy, macam2 alasan lah. Haha.
Tahun ni baru decide untuk jumpa Dr Hamid Arshat. Tu pun kenal dari tahun lepas kat FB. Duk lalu lalang post tentang dr Hamid. So, aku buat research kat Google tentang dr Hamid. Ada artikel yang tak berapa update sangat tentang klinik Dr Hamid.
Untuk makluman, klinik dr Hamid bukan lagi kat damansara tapi dah berpindah ke alamat baru:
Kompleks YJN(Yayasan Jabal Nur) Klinik Dr. Hamid Arshat, Kompleks YJN, No.1, Jalan Jalil Perwira 2, Bukit Jalil, 58200 Kuala Lumpur,
Dan lokasi klinik kat paling hujung & sekaligus dengan lokasi Aster Hotel.
Isi Kandungan
CARA BUAT TEMUJANJI/APPOINTMENT KAT KLINIK DR HAMID?
1. Call (kena call banyak kali. Tapi saya decide walk-in terus ke klinik sebab asyik tak diangkat jer phone tu)
2. Hantar email kat [email protected] . Staf klinik bagi saranan untuk email mereka jika tak dapat call.
3. Walk-in terus kat klinik dr Hamid Arshat
So, aku pilih cara ke 3, selamba badak gi klinik tak buat appoinment. Korang boleh buat camni cumanya kena tunggu orang yang da buat appointment melalui call setel dulu lah.
Dan make sure bila walk-in tu, bukak je bilik pendaftaran, letak siap-siap ic laki & bini kat bakul kecil atas meja staf klinik. Nanti staf akan panggil nama.
Aku datang orang no 2, tapi jadual doktor dah set 8 orang pesakit. Jadi, ko tunggu la sampai siap semua pesakit tu baru masuk giliran sendiri walaupun datang awal.
Tapi datang awal tu penting sebab korang boleh set appoinment awal jugak. Means lepas 8 orang tu hah, kalau datang klinik lambat, entah orang ke berapa baru dapat jumpa doktor. Haha. Macam saya sendiri sampai kat klinik dalam 7.30 pagi. Klinik bukak tepat pukul 8 pagi.
Waktu buka Klinik Dr Hamid Arshat : 8 am – 4pm
Aku buat keputusan untuk buat treatment kat klinik ni berdasarkan testimoni ramai orang, dan dari testimoni google jugak (which means blogpost).
Ehem, nampak tak kuasa & pengaruh bila ada info kat blog? Dari blog, orang lebih yakin nak beli produk. Eh tetiba pulak masuk bab kelebihan blog. Hihi.
“Harini Dr Hamid takda, kalau ada gerenti ramai orang penuh satu klinik dah” – kata sorang pesakit yg saya duk borak dari tadi.
Banyaklah yang kitorang borak. Macam akak tu, dia ada masalah pcos. Jadi, banyak treatment dah buat dan harini untuk cek saiz telur matang atau tak. Goodluck kakak. Semoga cepat dapat baby comel nanti. Hehe.
Baca Juga Artikel Bayi Paling Cantik Kacukan Melayu Rusia
Owh, kan aku ada kata klinik Dr Hamid Arshat sekali dengan hotel kan? Si suami dok cakap – “abang rasa hotel ni tempat untuk #/*& lah”.
Then baru terfikir. Eh betul jugak. Sebab nak buat check-up bukan perempuan je, yang lelaki pun kena cek sperma masing-masing oi. Hehe. So saranan aku, nak gi klinik bawak laki sekali ya. Lol.
Pukul 10 lebih staf klinik panggil untuk tanya beberapa soalan kesihatan (pernah buat treatment atau tak, cycle period, etc). Setel je bab ni, tunggu doktor panggil untuk cek pulak. Wuu. Nervous pulak rasa jumpa gynae kalini. Haha. Biasa leklek je.
Rate harga konsultansi & rawatan sempat jugak aku tengok. Serius murah! Tak mahal mana pun. Cuma kalau jumpa Dr Hamid sendiri harga tinggi sikitla daripada doktor lain kat klinik.
Lepas 4 jam menunggu, baru nama giliran dipanggil. Dan proses setel tak sampai 5 minit. Doktor buat TVS cek rahim, kemudian bagi surat rujukan untuk buat pemeriksaan HSG (cek tiub fallopio) kat tempat lain.
Lokasi dalam lebih kurang 20 minit perjalanan. Pum pam pum pam, 15 minit je proses kat klinik dr Hamid Arshat ni. Bayaran untuk temujanji pertama? RM256 sahaja. Standard harga lah. Bagi aku harga masih berbaloi lagi nak banding kt Hospital Swasta Shah Alam.
Lokasi untuk proses HSG :
Dbkl 2. Bukan dbkl 1. Bangunan kat sebelah je sebelum maybank.
Alamat Daya X Ray Centre Sdn Bhd: Bgn DBKL, grounf floor, jalan raja laut, 50350, KL (Tel: 03-26980710/0981
Sambung cerita..
Bergegas la pukul 12 tepat gerak ke tempat cek tiub. Time rehat kul 1pm. Jadi biasanya doktor akan sarankan supaya korang call dulu lab sebelum ke sana.
Aku rasa berdebar gak nak buat test ni. Sebabnya kena masukkan dua kapsul kat bahagian dubur. What?! Omg omg. Scary je rasa. Awal pagi tadi, akak yang aku duk sembang ada cerita jugak pasal ni. Dia kata mula-mula tak sakit, tapi lepas beberapa jam sakit sebab rasa macam ada belon dalam perut. Ah sudah.
Takpe, kita tengok cemana turn aku kejap lagi.
Lepas 30 – 40 minit doktor panggil masuk bilik xray. Mau tak menggigil tengok mesin xray besar gedabak? Kena baring then doktor india lelaki akan masukkan alat untuk cek tiub fallopio.
Masa masukkan memang rasa senak. Then rasa sakit tu sama macam sakit senggugut. Menggigil jugak la sebelum masukkan mesin. Tapi sistur berlagak cool. Haha. Jangan risau, lepas keluarkan alat tu takda rasa sakit dah. Cuma doktor kata akan bleeding sikit dalam 2-3 hari camtu.
Okeh, now patah balik ke Klinik dr Hamid Arshat untuk hantar result hsg. Kos HSG RM240 termasuk result xray.
Patah balik ke klinik, kul 3.30 baru dipanggil. So doktor ulas dari xray tiub fallopio sis ok! Alhamdulillah. Then, doktor just bagi clomid je lah untuk matangkan ovum tu.
Harga untuk clomid tambah lagi RM45. Makan clomid selama 5 hari, kuantiti 3 biji/day. So, 2 minggu lagi jumpa doktor balik untuk tengok saiz ovum. Wuu.
Kos rawatan untuk sehari saja = RM256 + RM 240 + RM45 = RM541
Tapi nak bagitau, lepas beberapa jam buat HSG, perut aku bloating kaw-kaw. Nak duduk tak boleh, nak baring ke kanan tak boleh, kiri tak boleh. Rasa macam ada satu belon air besar kat rahim tu. Senak pun ada weh. Memang seharianlah sakit nak ngadap rasa kembung perut tu.
Esoknya barulah korang akan rasa kurang sikit. Mungkin cecair yang doktor masukkan masa cek tiub tu dah beransur keluar ikut air kencing kot? So kita proceed cerita untuk treatment seterusnya next week.
So far apa yang aku boleh katakan, di klinik Dr Hamid Arshat, Doktor perempuan akan cek bahagian bawah anda. Dan doktor ni langsung tak tengok kemaluan wanita lain. Dan cara kerja sangat pantas. Masukkan alat TVS tak sampai 2 minit dah setel.
Malah cara layanan & budi bahasa doktor serta staf sangat mesra & banyak beri sokongan pada wanita yang ingin hamil.
Banyak kata-kata semangat yang doktor wanita tersebut akan beri pada anda.
20 thoughts on “Tips Untuk Buat Temujanji di Klinik Dr Hamid Arshat”
Lagi sis..cerita la lg
Nanti saya akan sambung beberapa story best bulan 1 tahun hadapan ^_^
hi & salam,
thanks for info.:)so sekarang mcm mana ,sis dh berjaya hamil ke?
Saya akan sambung cerita bulan 1 tahun hadapan ^_^
Hi sis.. boleh saya tahu, masa kat daya xray tu dr lelaki ke perempuan?
Lelaki.
dr india lelaki sis..usia dalam lingkungan 50an rasanya
Need to see doctor and seek advise. When is a good time for appointment? Please advise thank you.
Monday to friday is a good time.
salam sis, masa pergi jumpa doc tu kene pergi sebelum period/atau selepas period?
Bila2 pun boleh ^_^
Tq sis for the info.. klinik ni boleh pakai panel ke?
tak pasti pulak. Boleh kot
03 77733411
0377732911
Sy suggest call awal pagi masa bukak tu. memang cepat je angkat. Jangan call 10pg ke atas
Sy call awal pagi start 8 sampai 10 mmg xdiangkat. Kalau yg bernasib baik akan diangkat. Hehe.. Nurse busy kot
as salam sis. napa saya emailkan ke [email protected] appointment saya di taman desa medical centre. kenapa tidak di Kompleks YJN(Yayasan Jabal Nur) Klinik Dr. Hamid Arshat, Kompleks YJN, No.1, Jalan Jalil Perwira 2, Bukit Jalil, 58200 Kuala Lumpur. ya? confius pulak.
lokasi dah berubah sis.
Sis,mcm mana perkembangan sis sekarang ? Berjaya hamil.tak?
alhamdulillah dah selamat bersalin tahun lepas