no telefon klinik dr hamid arshat

Tips Untuk Buat Temujanji di Klinik Dr Hamid Arshat

Perkongsian ini diharap dapat membantu wanita kat luar sana yang ingin hamil cepat.

22/5 aku decide untuk redah pergi klinik Dr Hamid.

Aku pernah gugur tahun 2013 waktu usia kandungan 11 minggu. Lepas gugur, memang tak follow up dengan doktor sebab faktor malas, busy, macam2 alasan lah. Haha.

Tahun ni baru decide untuk jumpa Dr Hamid Arshat. Tu pun kenal dari tahun lepas kat FB. Duk lalu lalang post tentang dr Hamid. So, aku buat research kat Google tentang dr Hamid. Ada artikel yang tak berapa update sangat tentang klinik Dr Hamid.

Untuk makluman, klinik dr Hamid bukan lagi kat damansara tapi dah berpindah ke alamat baru:

Kompleks YJN(Yayasan Jabal Nur) Klinik Dr. Hamid Arshat, Kompleks YJN, No.1, Jalan Jalil Perwira 2, Bukit Jalil, 58200 Kuala Lumpur, 

Dan lokasi klinik kat paling hujung & sekaligus dengan lokasi Aster Hotel.

Tips Untuk Buat Temujanji di Klinik Dr Hamid Arshat

CARA BUAT TEMUJANJI/APPOINTMENT KAT KLINIK DR HAMID?

1. Call (kena call banyak kali. Tapi saya decide walk-in terus ke klinik sebab asyik tak diangkat jer phone tu)

2. Hantar email kat [email protected] . Staf klinik bagi saranan untuk email mereka jika tak dapat call.

3. Walk-in terus kat klinik dr Hamid Arshat

So, aku pilih cara ke 3, selamba badak gi klinik tak buat appoinment. Korang boleh buat camni cumanya kena tunggu orang yang da buat appointment melalui call setel dulu lah.

Dan make sure bila walk-in tu, bukak je bilik pendaftaran, letak siap-siap ic laki & bini kat bakul kecil atas meja staf klinik. Nanti staf akan panggil nama.

Aku datang orang no 2, tapi jadual doktor dah set 8 orang pesakit. Jadi, ko tunggu la sampai siap semua pesakit tu baru masuk giliran sendiri walaupun datang awal.

Tapi datang awal tu penting sebab korang boleh set appoinment awal jugak. Means lepas 8 orang tu hah, kalau datang klinik lambat, entah orang ke berapa baru dapat jumpa doktor. Haha. Macam saya sendiri sampai kat klinik dalam 7.30 pagi. Klinik bukak tepat pukul 8 pagi.

Waktu buka Klinik Dr Hamid Arshat : 8 am – 4pm

Aku buat keputusan untuk buat treatment kat klinik ni berdasarkan testimoni ramai orang, dan dari testimoni google jugak (which means blogpost).

Ehem, nampak tak kuasa & pengaruh bila ada info kat blog? Dari blog, orang lebih yakin nak beli produk. Eh tetiba pulak masuk bab kelebihan blog. Hihi.

“Harini Dr Hamid takda, kalau ada gerenti ramai orang penuh satu klinik dah” –  kata sorang pesakit yg saya duk borak dari tadi.

Banyaklah yang kitorang borak. Macam akak tu, dia ada masalah pcos. Jadi, banyak treatment dah buat dan harini untuk cek saiz telur matang atau tak. Goodluck kakak. Semoga cepat dapat baby comel nanti. Hehe.

Baca Juga Artikel Bayi Paling Cantik Kacukan Melayu Rusia

Owh, kan aku ada kata klinik Dr Hamid Arshat sekali dengan hotel kan? Si suami dok cakap – “abang rasa hotel ni tempat untuk # var occasioScreenReaderText = {"expand":"Expand child menu","collapse":"Collapse child menu","icon":" <\/use> <\/svg>"};