Assalamualaikum.. Waktu aku publish artikel ni, itu bermakna usia kandungan aku masuk ke trimester seterusnya. Harap tiada yang tanya bila due date atau berapa usia kandungan aku. Korang ada baca tak tentang usaha aku nak pregnant sebelum ni?
***Peringatan: artikel ni agak panjang untuk dibaca & mungkin ada yang akan pening baca. Jadi, saranan aku, korang catit tarikh-tarikh yang aku sebut dan perhatikan flow rawatan yang aku terima dari doktor, minum air taugeh dan berurut. Buat ringkasan korang sendiri.
Isi Kandungan
Pengenalan
Tahun ni, Aku buat rawatan terus ke klinik pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat.
Boleh baca kat artikel Cara Buat Temujanji Kat Klinik Dr Hamid. Sebenarnya bukan sekali dua aku punya appointment. Tapi sehingga 6 kali setiap bulan berturut.
Apa yang aku kongsikan kat bawah ni, badan aku tak terima ubat seperti clomid & iui. Walaupun ada ovum yang cantik, masih tak menjadi.
WARNING: AKU TAKKAN JAWAB SOALAN YG DAH ADA JWP DALAM ARTIKEL ni sebab kena balas puluhan mesej . Jadi baca sampai habis ya. Harap korang faham đ
Mungkin sebab hormon aku, takpun sebab gula dalam darah aku ni kot? Tak dapat dipastikan kenapa. Aku anggap bukan rezeki aku melalui treatment doktor.
Ada orang terus hamil selepas makan clomid. Ada orang hamil selepas IUI dan ada orang hamil selepas IVF. Tapi rawatan ni tak menjadi untuk aku. Setiap orang berlainan cara.
Dan aku kongsikan cara aku untuk mereka yang kebuntuan walau pelbagai usaha dah dibuat.
Kena ingat satu benda ” it’s just a matter of time. Sampai masa, tuhan akan kurniakan pada waktu yang sesuai”. Jadi, usahalah sampai dapat. Jangan putus asa okay?
Segala usaha adalah asbab saja. Usaha tu diilhamkan/digerakkan setelah kita berdoa.
Doa no 1..Especially doa dari orang2 yang tiada hijab.. Doa yang terus diangkat ke langit tanpa halangan. Apa yg kita fikirkan adalah doa jugak.
Sekarang aku share experience aku supaya dapat bagi manfaat kepada ramai orang.
Imbas kembali 4 tahun lepas (rawatan kesuburan di Klinik Pakar Muar)
Aku ada masalah hormon tak seimbang. Period masa sebelum kahwin memang tak teratur. Hal ni aku pernah cek kat klinik banyak kali. Kenapa period tak teratur. Ini jawapan doktor:
“ianya adalah normal. Ada orang 3 bulan sekali, etc”
Disebabkan aku belum berkahwin, aku tak bolehla nak cek details especially buat TVS (check rahim dari bawah).
Lepas 2 tahun kahwin, baru aku cek rahim kat klinik pakar sakit puan di Muar. Dan masalah sebenar aku adalah pcos (telur tak matang).
Dan first treatment aku dekat sana. Makan clomid, dan ubat lain dah memang semestinya. Semuanya untuk matangkan telur.
Tapi, usaha di klinik pakar tak berjaya. Aku kecewa datang period setiap bulan lepas makan ubat doktor segala. Bukan sekali dua makan clomid. Tapi adalah dalam 3-4 cycle. Tak ingat dah.
Bila balik rumah, atas saranan sedara, mak aku suruh pergi berurut dengan sorang nenek bidan. Katanya ramai dah mengandung lepas urut. Aku pun pergi berurut kampung.
Dan macam satu keajaiban bila aku pregnant lepas diurut. Sedangkan lepas period, aku tak makan ubat untuk matangkan telur. Kat mana logiknya lepas urut boleh mengandung?
Sedangkan aku tau, potensi telur matang adalah tipis. Ianya bagi aku adalah rezeki. Jangan pulak korang terlampau fikir benda terlalu kompleks ke akal logik. Kadang ada perkara yang takkan tercapai akal logik manusia.
Kalau dah tuhan nak bagi janganla duk pertikai macamana boleh jadi. Kalau belum rezekinya jangan pertikai sebab yang atas tahu apa yang terbaik untuk kita.
Cuma masa tau aku pregnant, aku bagitau keluarga berita gembira tu. Adik2 menangis sebab dah lama diorang tunggu anak buah.
Tapi, aku hanya sempat kandungkan baby sehingga 11 minggu sahaja.
Bidan yang tepat memang tau mengesan apa yang ada berlaku dalam perut kita. Itu kemahiran yang jarang dah ada kat mak bidan sekarang.
Manusia memang ada kelebihan2 tertentu untuk merawat orang lain. Orang dulu2 mahir mengurut. Bukan senang nak jumpa.
Lepas keguguran, aku stop untuk usaha rawatan.
Aku tertekan hampir setahun.
Sedih, kecewa, semuanya. Dan aku teruskan kehidupan macam biasa.
Hinggalah tahun ni. Aku nekad untuk buat rawatan sekali lagi setelah 4 tahun. Kalini, aku pilih Klinik Dr Hamid Arshat.
Now, baru kita masuk pada cerita terkini, rawatan kesuburan kat klinik Dr Hamid Arsyat. Yang kat atas tu imbau balik kenangan lepas.
22/5 Cek rahim, tiub fallopio (kos rawatan RM541)
Masa first temujanji, aku kena cek tiub, macam yang aku da cerita kat artikel Pengalaman Aku Cek Tiub Fallopio Kat Lab
Kemudian lepas cek, semua ok takda masalah. Tiub tak tersumbat, rahim ok. Cuma telur tak matang.
Jadi, doktor bagi ubat khas untuk turunkan darah period tu. Termasuk ubat clomid, etc untuk preparation masa dah period nanti.
Bila period, Aku makan clomid dan ubat2 lain start hari kedua sampai ubat habis. Lepas makan clomid, biasanya hari ke 14 @ 15 dari tarikh first period, aku kena datang klinik untuk cek telur.
Kemudian kena tunggu 2 minggu dan cek pregnant ke tak. Kalau period, aku kena makan clomid semula dan ubatan lain yang dr da sediakan awal2 masa last jumpa dr.
Tapi setiap bulan aku kecewa sebab aku period. Bila period, aku kena buat appointment lagi kat klinik dan biasanya aku kena hadir masa hari ke 14 atau 15, kira dari tarikh hari pertama/start period.
5/6 Cek kematangan telur (kos rawatan RM202)
Untuk tengok perjalanan aku masa appointment kedua dengan doktor, boleh tengok kat artikel Aku Buat Rawatan Susulan Yang Ke-2 Kat Klinik Dr Hamid Arsyat
Telur matang, cantik je bentuknya.
Kali kedua cek, telur ada satu. So, untuk pecahkan telur, dr bagi suntikan. Kemudian tunggu 2-3 minggu untuk tau pregnant atau tidak.
Aku period lagi untuk treatment kali ke-2 ni. Jadi, doktor bagi peluang lagi sekali untuk makan clomid dan ubat lain.
3/7 Cek Telur Matang Ada 2 (kos rawatan RM240)
Untuk rawatan kali ke-3 ni boleh baca kat artikel Aku Harap Aku Hamil Kalini. Tapi, disebabkan tak berjaya jugak, aku period pada 20/7. Next appointment, doktor terus suggest buat IUI.
Ya, aku buat IUI yang nilainya RM900 sahaja.
4/8 Rawatan IUI (kos rawatan hampir RM1000 termasuk consultation fee & ubat multivitamin)
Aku ada tanya dr jugak kenapa yang makan clomid sebelum ni tak menjadi?
Dr kata mungkin faktor rahim aku sempit. Jadi sperm tak dapat sampai ke ovum pada waktu yang sepatutnya.
Sampai ke tarikh next appointment, telur aku masa tu ada satu sahaja belah kiri.
Dr bagi suntikan, kemudian buat IUI. Kejap je. Lepas setel masukkan sperm guna alat khas, da boleh balik dah. Tapi ngilu rasa masa buat IUI tu. Doktor perempuan kat klinik Dr Hamid ni bagus. Lembut je cara cakap & cara kerja pun pantas.
Untuk makluman, cek TVS hanya dibuat oleh dr perempuan sahaja kat sini.
Tapi, rawatan IUI bukan rezeki kami. Aku period pada 21/8.
Prosedur Cek Sperma Lelaki
Kat klinik dr Hamid ada satu bilik khas. Yang mana suami isteri boleh usaha untuk keluarkan sperm kat bilik tu. Privacy. (maaf untuk bacaan orang yang dah kahwin sahaja)
Selepas dua minggu IUI, period tak datang seperti tarikh sepatutnya. aku ingat dah berjaya.
Tapi, keesokan hari rupanya aku period lagi. Hmm. Suami selalu bagi semangat sambil peluk aku dan cakap, “takpe, kita teruskan usaha sampai jadi ya sayang”. Air mata aku dah bergenang dah masa tu.
Jadi disebabkan IUI takda “hasilnya”, aku buat next appointment. Temujanji kalini agak lewat sedikit berbanding biasa. Dan aku boleh tau macamana cycle kesuburan aku lepas beberapa kali buat treatment. (Sebab waktu datang bulan akan jatuh pada tarikh yang sama seperti bulan sebelummnya).
AKU Tak datang bulan, tak jugak pregnant, jadi macamana?
Untuk bulan September, aku tak period pada tarikh yang sepatutnya (20/9). Tapi, bila cek pregnancy test jawapannya tetap sama, NEGATIF! So, aku taulah kat situ maknanya telur tak matang.
Maka, tu yang kena set appointment dengan klinik lagi sekali.
Bila telur tak matang, maka takdala datang bulan.
Selepas IUI tiada sebarang CLOMID lagi untuk aku
Untuk makluman, selepas IUI bulan 8, aku tak dibekalkan ubat untuk matangkan telur langsung sekiranya period selepas rawatan IUI tu. Jadi bila tiada ubat, telur aku tak matang.
Aku cuma dibekalkan dengan multivitamin. Kalau tak silap kapsul olive oil dan kapsul livovid jenama hovid.
Tu saja. Dan ni pun aku skip makan sebenarnya. Sehari dua je makan. Haha!
Untuk temujanji bulan September nanti, aku kena jumpa dr hamid terus. Yay! Dah lama aku kagum dengan dr Hamid. Akhirnya aku boleh jumpa beliau.
15-17 september sebelum jumpa doktor AKU MINUM AIR TAUGEH & BERURUT
Masa last period bulan 8, 21/8/17 aku ada minum air taugeh start dari hari ke 2 hingga period akhir. Orang kata kalau minum air taugeh, boleh menggalakkan permatangan telur. Multivitamin yang doktor bagi aku tak makan.
Makan Taugeh Kalau Nak Anak Kembar
Malah, ramai orang berjaya dapat anak kembar sebab mereka amalkan makan taugeh banyak-banyak.
Aku minum air rebusan taugeh untuk boost pembesaran telur. Kalau aku minum lebih sikit mungkin telur lebih banyak. (berangan je ni .Haha.)
Cara aku minum air taugeh, aku tiru cara macam aku makan clomid
Sebab clomid kena start makan dari hari ke-2 hingga ubat habis. Jadi, aku minum air taugeh start hari-2 hingga hari last period.
Aku yakin kaedah minum air taugeh membantu. Air taugeh mengganti fungsi clomid. Yelah, clomid ni bukan suka-suka boleh makan tanpa saranan dari doktor. Ada hadnya.
Jadi alternatif terbaik? Makan makanan semulajadi macam taugeh sebagai alternatif menggantikan clomid.
Kemudian, dalam tempoh nak menunggu waktu tarikh appointment dengan doktor, suami aku ajak pergi berurut kat ibu Nisa.
Saya doakan korang & pasangan cepat-cepat dapat zuriat yang sempurna sihat nanti. Owh kalau nak tanya tentang no telefon Ibu Nisa, terus KLIK SINI “AKHIRNYA AKU HAMIL”
Baca kat Cara Aku Masak Air Taugeh & Berjaya Hamil
Aku jumpa Ibu Nisa pada 15,16,17 Sept (21 hari selepas tarikh last aku habis period pada bulan 25/8)
Saya sertakan nombor Ibu Nisa dalam Akhirnya Aku Hamil.
Dan 20/9 sepatutnya aku period tapi tak period. Cek result pulak negatif.
Kemudian, 10 hari selepas diurut Ibu Nisa, iaitu pada tarikh 27/9, aku pergi cek doktor, ada telur matang.
Aku jangkakan usia telur jatuh pada hari ke 15, kalau ikut kitaran period yang sebelum ni lah. So aku jangka waktu telur start berkembang pada 13/9 iaitu sebelum aku pergi berurut.
Maknanyanya air taugeh memainkan peranan juga dalam hal ni. Dan urutan serta jamu dari ibu Nisa membantu “boost” pembesaran telur tu.
Jadi secara ringkasnya, start hari ke-2 period aku minum air taugeh, tak lama lepastu aku pergi berurut, cek telur matang ke tak, bersama waktu subur, pregnant!
Kenapa Aku Pergi Berurut Dengan Ibu Nisa?
Aku pergi berurut dengan Ibu Nisa sebab bini kepada kawan suami aku pregnant lepas berurut. Mereka pun dah kahwin agak lama jugak. Ramai yang berjaya pregnant selepas pergi berurut ngan Ibu Nisa.
Dapatkan eBook Akhirnya Aku Hamil untuk no telefon & maps ke rumah ibu Nisa. Sebab saya lambat reply jika korang tanya di blog.
Bila aku tau tentang ni, aku tak fikir panjang. Aku terus set appoinment dengan Ibu Nisa untuk berurut. Untuk makluman, selepas keguguran antara penyebab aku tak buat rawatan doktor sebab aku rasa ubat tak membantu aku. Sampailah tahun ni tergerak hari nak gi Klinik Dr Hamid Arshat.
Saya sertakan nombor Ibu Nisa dalam Akhirnya Aku Hamil.
Dan aku dah berurut dengan ramai orang. Tapi, aku nak bagitau bidan/tukang urut yang bagus takkan tekan perut korang dengan kuat langsung.
Apalagi sengkak? Boleh membahayakan diri.
Bidan yang aku jumpa semuanya urut kuat gila pada bahagian perut. Kena berhati-hati. Sebab mereka yang urut kuat tak semestinya pakar untuk mengurut untuk mengandung.
Dan bidan yang first urut aku & aku hamil, cara urut dia sekejap dan macam sentuh tak sentuh je perut tu. Macam dielus2 lembut.
Dan memang susah nak cari bidan macamni. Aku cuba untuk berurut lagi lepas keguguran tapi nenek tu dah tua & sakit. Tak mampu nak urut lagi.
Sejak tu, aku dah tak jumpa bidan yang betul2 mahir macam nenek tu.
Sampaila aku tau tentang ibu Nisa. Aku terus buat temujanji. Syarat ibu Nisa, kena urut 3 hari berturut dan salah satu hari wajib ada hari jumaat. Dan setiap kali berurut wajib bersama.
Masa berurut aku sempat tanya kat Ibu Nisa.. Tentang telur aku. Aku tak ingat apa soalan aku. Tapi jawapan ibu nisa “eh ni ada satu dalam ni”.
Saya sertakan nombor Ibu Nisa dalam Akhirnya Aku Hamil.
Sedangkan aku jangkakan takda telur matang.. Sebab? Aku tak makan ubat matangkan telur, aku cuma minum air taugeh je dari hari ke 2 period hingga hari ke-6/last day period.
Dan cara urut Ibu Nisa? Hanya menyentuh sikit tanpa menekan perut terlalu kuat. Sama macam masa aku berurut dengan nenek yang sebelum ni.
Loghat jawanya pekat.
Orangnya ramah. Lingkungan umur 40-an. Masa diurut aku boleh rasa haba dari tangan Ibu Nisa.
Tapi, biasalah kalau kita berurut memang la rasa haba. Hehe. Cuma nak bagitau, bukan senang nak jumpa bidan yang betul-betul pandai urut peranakan.
Hari ketiga urut aku sedekahkan beras ngan telur kat ibu nisa. Tujuannya, ibu Nisa nak masakkan makanan untuk budak2 yang masih kecik & belum baligh lagi.
Doa dari budak kecik kan takda hijab. Aku pernah tengok ramai bagi tips supaya kita bersedekah pada budak2 kecik supaya mendoakan yang baik2 untuk kita. Ni petua orang dulu2. Kalau korang jenis moden tak percaya kuasa doa, jangan terlalu fikir rumit sangat.
Doa tanpa hijab ni maksud aku adalah doa dari orang yang mustajab/dimakbulkan doanya seperti ibu bapa kita, budak2 belum baligh, alim ulama yang berenergi tinggi, dan lain-lain.
Kita bersedekah dengan memberi makan kepada budak2. Dan pulangannya Allah akan ganti berganda nikmat untuk kita.
Sedekah pun penting. Dan untuk bersedekah jangan mengharapkan apa-apa ganjaran dari yang atas. Sedekah seikhlas hati, buat keranaNya.
Nasihat Ibu Nisa, kalau tau dah pregnant nanti. Jangan bagitau sesiapa walaupun family.
Sebab mulut orang ni berbisa. Tunggu dah 2-3 bulan baru bagitau. Dan aku dibekalkan jamu yang perlu dimakan 2 biji sehari sebelum tidur selama 2 minggu.
Urutan kampung, minum air taugeh adalah alternatif untuk pregnant. Ada orang terlampau moden ni was2 dengan rawatan semulajadi.
Sedangkan hakikatnya ubatan datang daripada drugs yang hanya menipu bahagian tertentu badan kita untuk menghasilkan kesan yang dikehendaki
Jamu ni fungsi dia khas untuk kuatkan rahim, jamu untuk huband pun ada juga
Saya sertakan nombor Ibu Nisa dalam Akhirnya Aku Hamil.
27/9 Jumpa Dr Hamid (kos konsultansi dan multivitamin = anggaran RM250)
Sambung cerita appointment Dr Hamid
Masa appointment terakhir ni, macam biasa, Doktor akan cek TVS dulu. Aku terkejut bila doktor cek ada satu telur dalam rahim! Subhanallah.
Sedangkan aku tak makan apa-apa ubat kecuali jamu Ibu Nisa & minum air taugeh masa period. Multivitamin yang doktor bagi pun aku tak makan.
Maknanya apa yang Ibu Nisa bagitau aku masa berurut tu betul lah. Tau apa yang berlaku kat dalam rahim dengan hanya mengurut saja.
Dr Hamid banyak bagi Tips berharga untuk orang yang nak mengandung sebenarnya kat FB beliau. Dan beliau banyak tekankan pada pemakanan.
Pemakanan yang mempengaruhi segala yang berlaku kat badan kita ni. Kesuburan kita ni pun bergantung dari cara pemakanan kita.
Sejuk Hati Bila Tengok Senyuman Dr Hamid Arshat
Tiba masa aku bertentang mata jumpa Dr Hamid Arshat. Tersenyum lembut menyapa kedatangan kami ke bilik beliau.
Pertuturan kata pun lembut dan menyenangkan.
Dr Hamid melihat rekod treatment aku. Beliau kata ” saya tengok ikutkan awak takda masalah cuma pcos sahaja.
Jadi, saranan saya jangan buat apa-apa seperti suntikan pecahkan telur,etc. Cuma, banyakkan membuat senaman seperti yoga & saya akan bekalkan supplement untuk kawal kandungan gula dalam darah awak” (lebih kurang macamtu la ayat Dr Hamid.
Bila gula terlebih dalam darah sebenarnya tak elok untuk kita. Pernah dengar tak orang mengandung lepas buat Diet Atkins?
Sebab kita kawal gula tu. Gula bukan bermaksud benda manis je, tapi ada pada banyak makanan lain.
Ini apa yang aku fahamlah. Aku tak pandai sangat nak explain sebab aku bukan doktor. Tanda gula terlebih dalam darah bila mana aku asyik rasa nak makan non stop.
Selain tu, korang pepandaila cari info kat google.
Kalau aku tak berjaya pregnant kalini, Dr Hamid sarankan aku untuk buat pembedahan laparoscopy.
Untuk buat ovarian drilling kalau tak silap. Tapi tempoh appointment pembedahan ni lama lagi iaitu bulan dua tahun 2018.
Kos pembedahan belasan ribu. Tapi, kalau ada insurans, korang hanya perlu bayar ratus ringgit saja.
Dr Hamid tambah lagi “usaha secara normal dulu, sebab ada kes yang mengandung secara spontan”
Aku dibekalkan dengan multivitamin seperti EPO , SPE dan metformin. Ikutkan aku ada satu telur matang. Tapi, Dr Hamid melarang untuk buat suntikan pecahkan telur. Dr nak semuanya jadi secara normal.
Aku Bersenam Untuk Pecahkan Telur
Lepas dengar nasihat Dr, aku buat senaman berlari setempat sebanyak 100 kali + pada keesokan harinya.
Supplement pun aku makan sebab nak turunkan gula dalam darah & stabilkan hormon.
Untuk suplement ni korang kena dapatkan nasihat doktor. Jangan sesuka hati beli kat luar.
Ataupun korang buat alternatif dengan jaga pemakanan, cut off gula, diet atkins. Sebab alternatif ni sedikit sebanyak akan membantu.
Sebenarnya untuk senaman, aku exercise 3 hari je. Haha! Sebab aku dah boleh agak bila waktu telur akan pecah. Dan suplemen yang doktor bagi aku makan untuk 3 hari je. Lepastu stop.
27/9 cek telur dah matang. So 28 hb exercise lah. Biar telur tu pecah secara normal. Aktifkan badan sikit.
29hb aku tau aku subur. Macamana aku tau aku subur? Aku ada buat artikel Cara Kesan Waktu Paling Subur Selepas Telur Matang.
Disebabkan aku boleh kira cycle hari subur aku berdasarkan treatment yang lepas, aku suspek telur matang pada 27/9 ni jatuh pada hari ke15 selepas aku period.
Dan cara kira cycle aku, kira dari hari pertama period hinggalah hari datang period seterusnya. Tu lah cycle period aku.
Aku punya cycle 30 hari. Hari ke-31 confirm period. Cuma selepas 27hb yang aku anggap sebagai hari ke15, aku teruskan kira sehingga 30 hari cycle. Dan sepatutnya aku akan period pada 13/10 iaitu hari ke 31.
Bila ada telur matang, maka dua je akan berlaku samada pregnant atau period datang lagi
6 Tahun Aku Tunggu Baby Dan Aku Hamil Lepas Pergi Berurut
Bulan oktober aku tak datang bulan! Happy tapi dalam masa yang sama taknak terlalu berharap.
Aku tunggu waktu sesuai untuk cek pregnancy hinggalah pada 14/10 aku cek pukul 7am.
Alhamdulillah result POSITIF/mengandung!
Aku buat sendiri perkiraan EDD berdasarkan tarikh waktu aku paling subur/ovulasi terjadi. Ada kalkulator khas untuk kira. Dan result tu sama macam result doktor kat KKIA. Hehe.
Nampak samar-samar je kat gambar bawah ni:
Alhamdulillah usaha sejak May lepas akhirnya berjaya. Apa yang aku boleh simpulkan untuk mereka yang kat luar sana. Aku tau ramai yang tengah berusaha untuk dapatkan anak termasuklah aku. Korang cuba cara ni:
Cara Pertama Usaha Mengandung Secara Semulajadi (Usaha cara berurut & normal dahulu)
- Doa (doa tu sangat penting. Kita doa sekarang, tapi doa akan termakbul bila tiba waktunya. Dan doa dari mereka yang mustajab sangat penting (ibu bapa, anak kecil belum baligh, mereka yang ikhlas hatinya, orang berenergi tinggi/alim ulama berenergi tinggi). Segala step/usaha yang kami buat untuk dapatkan anak ni hanyalah asbab sahaja. Penentunya adalah apabila Dia mengkehendaki tak kiralah apa cara sekalipun, jika nak jadi, maka jadilah)
- Jaga pemakanan, amalkan makanan superfood seperti chia seed, cut-off gula atau buat diet atkins
- Jangan pakai apa-apa bahan skincare. Sebab aku pernah gugur sebab aku pakai skincare adha. Kandungan merkuri tinggi. Segala krim malam, krim siang tu tak payahla. Malah pencuci muka pun tak payah pakai produk yang ada letak bahan-bahan kimia dalam produk mereka. Aku sarankan pakai produk pencuci organik sahaja.
- Jangan makan apa-apa supplement tambahan sembarangan kecuali folic asid
- Bila period, hari kedua period minum air rebusan taugeh sehingga waktu subur. Taugeh membantu mematangkan telur. Fungsi macam clomid. Tapi, bila period tak teratur, kita tak boleh jangka cycle waktu subur kita. Jadi, macam Dya yang tak tak tau waktu subur ni, Dya minum air taugeh dari hari ke-2 hingga habis period sebab Dya ikut pola cara makan clomid masa treatment lepas. Makan clomid start hari ke-2 period hingga hari ke-6 kot? Tak ingat.
- Ataupun jika doktor bekalkan clomid, makan clomid pun bantu matangkan telur.
- Kemudian selepas period habis terus pergi berurut dengan Ibu Nisa 3 hari berturut (buat appointment!)
- Cek klinik pada hari ke 14 @ 15 selepas tarikh hari pertama period. Tapi ni untuk cycle 30 hari macam Dya. Kalau cycle period korang berbeza, waktu tempoh telur matang pun mungkin berbeza. Rujuk pada doktor ok? Cek kat klinik mana-mana yang buat scan rahim kita ni – tujuan untuk tengok ada telur matang atau tidak.
- Kalau ada telur matang maknanya usia telur tu terletak samada tarikh 14 atau 15. Biasanya 15 lah. Untuk cycle period 30 hari.
- Exercise supaya telur pecah. (lari setempat pun boleh)
- Bersama dengan suami waktu subur. Disebabkan kita tak dapat jangka bila waktu subur, ada cara untuk kesan wantu subur. Baca kat artikel Kesan Waktu Subur Dengan Tepat
- Selepas dua minggu dari tarikh korang tau ada telur matang, dah boleh cek pregnancy. Kalau negatif, confirm lepas dua minggu korang period semula. Kalau tak period, TAHNIAH anda bakal jadi ibu!
Itu cara alternatif untuk cut cost. Sebab saya tau ramai yang mungkin belum ada wang yang cukup untuk ke klinik swasta. Kos rawatan kesuburan saya:
Klinik Pakar Sakit Puan
- 6 x rawatan bernilai RM2200++ dalam masa 6 bulan.
Berurut dengan Ibu Nisa
- 3 x urutan berturut bernilai RM110.10 dalam masa 3 hari
Jadi, kalau boleh cuba dulu kaedah secara semulajadi. Maksudnya dengan jaga pemakanan (buat atkins la senang), cut-off gula, jangan makan supplemen/ubat sembarangan kecuali yang doktor bagi, senaman ringkas, berurut dan minum air taugeh.
Kalau kaedah ni tak menjadi untuk korang, buat full check-up kat Klinik Dr Hamid Arshat sebab lain orang lain masalahnya.
Ada yang problem pada tiub, ada cyst, dan macam-macam2 lagi.
Kaedah yang saya cadangkan kat atas sekiranya korang mengalami masalah PCOS. Semoga perkongsian ini membantu semua. Sebab bukan senang untuk mendapat zuriat.
Dan biasanya orang luar hanya tau komplen/mengata/perli tapi yang menanggung kekecewaan dan kesedihan adalah kita. Bukan mereka.
JIKA ANDA BERJAYA MENGANDUNG SELEPAS NI, KOMEN KAT ARTIKEL NI OKAY? Saya nak tumpang rasa happy.
Doakan saya dan bayi dalam kandungan selamat waktu melahirkan. Aminn.
Mungkin untuk pregnancy seterusnya saya akan minum air taugeh lebih banyak berbanding yang sekarang ni.
Sebab ramai yang cakap mereka amalkan makan taugeh banyak untuk dapatkan anak kembar. Hehe..
Saya mungkin minum berganda tujuan untuk boost telur supaya matang & banyak. Jika cara ini berjaya dapatkan anak kembar, saya akan kongsikan di blog juga.
Saya doakan korang & pasangan cepat-cepat dapat zuriat yang sempurna sihat nanti. Owh kalau nak tanya tentang no telefon Ibu Nisa, boleh whatsapp saya 01116026692 tapi saya lambat reply sebab terlampau banyak mesej masuk wassap dan kadang akan jammed. Untuk info lebih pantas, terus [KLIK SINI] AKHIRNYA AKU HAMIL okay?
Turutan artikel tentang kehamilan aku:
16 thoughts on “6 Tahun Aku Tunggu Baby Dan Aku Hamil Lepas Pergi Berurut”
Askm..Dhia..
Akk de whatsapp Dhia tp x reply pn..xtaula Dhia still guna atau x..no yg Dhia bg tu skrg..
Akk justbnk mintak alamat dan no hp ibu nisa tu boleh..
Terima kasih.
dh reply
nak alamat dia boleh tkđ˘đ
boleh terus wassap ya
Assalamualaikum, boleh sy dapatkan contact ibu nisa tu ? thank you.
Salam. Boleh saya dapat alamat dan contact number bidan ibu nisa tu tak?
salam, boleh sharekan contact no bidan ibu nisa? tq
Salam kak boleh dapatkan contact ibu nisa dan alamat nya… sye xde no akak…
aslkum kak, boleh share contact no ibu nisa boleh? akak berurut dekat mana?
Assalamualaikum , boleh ke akak nak no contact ibu nisa, kat mana alamatnya, terima kasih
Assalamualaikum boleh saya dpatkan contct ibu nisa ? Act area mana ye ?
Assalamualaikum dhia.. Boleh ke akk nk dpatkan number ibu nisa tu. Area mana ya dia.. Kl ke
Assalamualaikom. iyaa sy ada dengar jugak pg berurut dapat lancarkan haid and dapat naikkan rahim kita. tapi kenapa yea setiap kali sy pg berurut period sy tak lancar macam dulu. dulu on time skrg sampai 3 bulan tak kluar period. saya terpaksa pg klinik and amik ubat lawas period, tapi sblom tu sy dah chek tapi negetif. hmm