Anda Bakal Jimat Puluhan Ribu Jika Beli Perabot Rumah Di Foshan, China

Anda-Bakal-Jimat-Puluhan-Ribu-Jika-Beli-Perabot-Rumah-Di-Foshan,-China

Ok, sebenarnya saya tergerak hati untuk berkongsi info mengenai beli perabot di Foshan dalam blog ni, sebab saya memang suka China. Hihi. Serius kalau ke sana memang harga barang 3 kali ganda murah daripada Malaysia. Pernah saya pergi di pusat barangan kulit dan aksesori, harga cincin kualiti tinggi tak sampai RM100. Sedangkan di Malaysia, anda kena beli dengan harga RM350 ke atas tau. Kualiti pulak? Kualiti terbaik! Tak dinafikan.

Anda-Jimat-Puluh-Ribu-Jika-Rancang-Beli-Perabot-Rumah-Di-Foshan,-China3

Boleh baca artikel saya yang lepas tentang 13 Bahasa Asas Komunikasi Jual Beli Di China

Sila padamkan mindset mengatakan barangan China yang murah tak berkualiti. Sebab ianya salah sama sekali. Silap besar!

Anda Bakal Jimat Puluhan Ribu Jika Beli Perabot Rumah Di Foshan, China

Terima kasih, En Khalid sebab bagi kebenaran untuk kami share dalam ni. Kami link kan sekali khidmat/servis yang ada dalam post En Khalid. ( Ni bukan review berbayar ya. Tapi, perkongsian untuk manfaat lebih ramai pembaca )

Anda Jimat Puluh Ribu Jika Rancang Beli Perabot Rumah Di Foshan, China 2
Murah sangattt sofa ni, korang tukar yuan kepada RM dapat berapa?? Hehe tak sampai RM100 pun. Kat Malaysia kerusi macamni mau 300-400+

Apa kata En Khalid tentang Foshan, China nih? :

Saya kini berada di Foshan, China. Naik flight turun kat Guangzhou kemudian naik teksi selama 1 jam. Tujuan saya ke sini ialah untuk membeli perabot-perabot murah bagi melengkapkan rumah baru saya yang bakal selesai renovation nya awal bulan depan.

Ada satu tempat dalam Foshan ni yang sangat-sangat best. Apa perasaan anda bila nampak meja office macam kat IKAE (bukan nama sebenar) RM1,500 tapi kat sini cuma RM260 je? Atau sofa FFS (pun bukan nama sebenar) yang RM4-5k dijual RM1-2k di sini? Or set bilik tidur maharaja yang RM7-8k, kat sini baru RM2-3k? Mesti rasa nak nangis kan? Huhuhu.

Ya begitulah realitinya di sini. Itu baru satu barang tu. Kalau anda beli banyak memang puluh ribu gak jimatnya. Memang benar bagai dikata, di sini semuanya murah berkali-kali ganda. Selepas tolak flight, hotel dan shipping cost anda masih jimat banyak. Syaratnya kena beli banyak barang lah baru berbaloi. Hotel + flight dalam RM1,600 pergi balik 5 hari 4 malam.

Cakap lah nak cari apa, segala mak nenek perabot ada jual kat sini dalam satu kawasan seluas 10 kilometer! Tak larat nak explore semua pasal banyak giler! Barang yang dijual di Malaysia semua ada kat sini, malah trend trend terbaru pun ada. Lampu chandellier 18 bulb saya beli ni baru RM1,250 (2000 yuan). Kat Malaysia easily RM3-4k untuk lampu besar macam tu. Kristal tu, bukan kaca. Sinaran dia jauh beza.

Soal makan jangan risau. Restoran halal ada kat sini. Nasi goreng dalam RM7 je. Soal penghantaran dari Foshan ke Malaysia kita boleh guna khidmat Borong China Services & Trading . Around 1 bulan barang sampai. Beli barang pun kalau stok takde kita perlu bayar deposit 30% je. Then balance bila stok ready minta tolong BCST bayar & arrange shipment bila kita dah balik ke Malaysia.

Oh ye apakah nama tempat tu? Namanya LECONG FURNITURE MARKET. Tempat lain dalam Foshan ni banyak lagi tapi mahal. Kat area Lecong ni je murah.

Tolong SHARE & TAG kawan-kawan ye, especially yang baru nak pindah rumah tu. Ramai lagi yang tak tahu pasal lubuk perabot ni.

Terima kasih, semoga bermanfaat

Baca juga : Cara Borong Barang Dari China Secara Pukal Yang Selamat dan Dijamin.

UPDATE POST:

(a) CAJ PENGHANTARAN:

– Ada 2 stage, dari Foshan ke Guangzhou, then Guangzhou ke Malaysia. Foshan ke Guangzhou ikut barang, paling mahal 500 Yuan (RM313) setiap barang (sebab Foshan ke Guangzhou jaraknya 1 jam). Dari Guangzhou ke Malaysia ianya RM390 per cubic meter (cbm). 1m x 1m x 1m. Berat tak kisah. Cukai, kastam semua dah termasuk sekali yer. Tempoh barang sampai dari port ialah 3 – 4 minggu.

(b) CAJ TEKSI:

– Pilih hotel dekat Lecong, so jalan kaki je tak yah naik teksi. Dari airport ke Foshan adalah kira-kira 200 – 250 yuan (RM125 – 156) untuk 1 jam perjalanan.

(c) TAMBANG FLIGHT, HOTEL & MAKANAN

– Flight 1 way dari KL ialah RM500 – 800+, hotel pula < RM100 untuk 1 malam. Makan pula RM7 untuk nasi goreng. Elok bawa makanan dari Malaysia sebab kedai runcit tak banyak kat sini.

Info lanjut boleh terus hubungi page ni yer. Servis tip top!: Borong China Services & Tradingg (https://www.facebook.com/BorongChinaServices)

KHALID HAMID @ ABANG LID

Memang terbukti korang akan jimat berpuluh ribu kat China. Tapi saya tau, untuk yang belum pernah jejak kaki ke China, korang mesti blur nak buat macamana kan?

Anda-Jimat-Puluh-Ribu-Jika-Rancang-Beli-Perabot-Rumah-Di-Foshan,-China-2
Hotel berdekatan
Anda-Jimat-Puluh-Ribu-Jika-Rancang-Beli-Perabot-Rumah-Di-Foshan,-China1
Ok, katil maharaja ni serius memag idaman sangat! Tak sampai 3 ribu pun. Kat Malaysia saya jamin katil macamni belasan ribu

Tapi, trust me. Nak travel ke China tak sesusah yang disangka. Terlalu mudah. Anda hanya perlukan bisnes kad tempat/mall barang2 yang anda nak beli, maps, serta skill berbahasa China paling asas.

Anda-Jimat-Puluh-Ribu-Jika-Rancang-Beli-Perabot-Rumah-Di-Foshan,-China-4
antara plaza perabot di China

Kami jamin takkan sesat. Sebab itu yang kami buat tahun lepas di Guangzhao, China. Saya akan kongsikan maklumat lain di artikel lain nanti ya.

Anda-Jimat-Puluh-Ribu-Jika-Rancang-Beli-Perabot-Rumah-Di-Foshan,-China-5
Chandelierr! Murah 3 kali ganda daripada Malaysia

Mungkin korang boleh cuba baca Cara Komunikasi Terbaik Di China Dengan Phone Saja

One thought on “Anda Bakal Jimat Puluhan Ribu Jika Beli Perabot Rumah Di Foshan, China

  1. Pingback: Anda Bakal Jimat Puluhan Ribu Jika Beli Perabot Rumah Di Foshan, China - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *