Filem Chappie Buat Anda Beli Tiket Wayang Sekarang

Pada mulanya saya tidak bercadang untuk berkongsi tentang Filem Chappie ini. Tetapi apabila kesan penceritaan Chappie yang kerap membayangi pemikiran saya selepas menonton, maka saya berubah fikiran. Filem Chappie mempunyai jalan cerita yang ringan namun padat dengan babak aksi dan jalan cerita yang menyeronok. Saya akan review dan spoil cerita Chappie ini dengan lenggok bahasa paling mudah dan ringkas supaya mudah dihadam.
Review Chappie Malaysia
Chappie cuba meletakkan peledak pada robot Moose.

Chappie merupakan salah sebuah robot polis bernombor 22 yang bertugas untuk membanteras jenayah. Robot polis ini dicipta oleh Deon (lakonan Dev Patel) untuk kegunaan polis. Robot nombor 22 (Chappie) ini telah mengalami kerosakan teruk ketika bertugas dan perlu dihapuskan kerana kerosakan yang teruk.
watak filem Chappie
Chappie dilatih oleh sekumpulan samseng untuk tujuan jenayah.
Deon yang kebetulan berjaya mencipta program/perisian baru untuk robotnya mengambil peluang ini untuk install program/perisian pada robot 22 ini. Kebetulan semasa Deon hendak install perisian baru pada robot 22 ini dia telah diculik oleh sekumpulan samseng. Pemasangan perisian baru ke atas robot 22 berjaya  dilakukan pada tempat tinggal kumpulan samseng itu. Program yang dipasang pada robot 22merupakan suatu perisian yang menjadikan robot 22 boleh berfikir seperti manusia dan juga mempunyai perasaan seperti manusia. Namun ianya perlu dilatih kerana robot yang dipasang dengan program ini akan bersifat seperti bayi selepas diinstal program yang baru dicipta Deon ini. Tetapi robot ini berupaya belajar sangat cepat berbanding manusia. Robot 22 diberikan nama Chappie oleh salah seorang samseng disitu.
Kumpulan samseng ini telah melatih Chappie untuk melakukan beberapa teknik menyerang untuk tujuan jenayah. Chappie semakin pintar dan hubungan kekeluargaan makin tersemai dengan kumpulan samseng itu.
Dipenghujung cerita, Chappie telah berjaya menemui satu teknik untuk memindahkan kesedarannya ke badan robot yang lain memandangkan badan Chappie yang asal telah kehabisan bateri akibat kerosakan yang berlaku semasa tugas untuk polis suatu ketika dahulu. Kepintaran ini bukan sahaja dapat dilakukan untuk memindahkan kesedarannya, malah ia digunakan untuk memindahkan kesedaran Deon yang cedera teruk ditembak oleh robot Moose.
Filem Komen Chappie
Pada saya, cerita Chappie lebih mempromosikan kasih sayang kekeluargaan cumanya ia diolah dalam bentuk Filem Sains Fiksyen. Babak dimana ‘ibu’ kepada Chappie mati ditembak betul-betul menyayat hati penonton wayang yang mulanya tak kering gusi dengan aksi dan telatah Chappie.
Secara keseluruhan, saya bagi 5 bintang kepada Filem Chappie ini kerana jalan cerita yang memberi kesan dan pengajaran kepada kita tentang kasih sayang antara manusia tidak kira samseng atau siapapun termasuk robot.

5 thoughts on “Filem Chappie Buat Anda Beli Tiket Wayang Sekarang

  1. Pingback: Jangan Bawa Anak Kecil Tonton Cerita Superhero Deadpool - Best Blogger Network
  2. Pingback: Anak Autism Itu Luarbiasa, Bukan Penyakit Di Mata Saya - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *