Gaun Pantul Cahaya Zac Posen Mendahului Masa

Ok, saya sememangnya peminat tegar pereka fesyen luar negara. Dan salah satu pereka antarabangsa menjadi kegilaan ialah Zac Posen. Belek punya belek, instagram beliau. Macam biasalah. Jadi “stalker”. Hihi.

Terdiam seketika melihat gaun cinderella “simple” hasil karya Zac Posen.

Gaun Pantul Cahaya Zac Posen Mendahului Masa

Gaun Zac Posen digayakan oleh Claire Danes dalam majlis MetGala 2016. Menggunakan material “illuminated” keluaran oleh Moon Berlin, hasil gaun Cinderella memang luar biasa.

Sedikit ringkasan mengenai Moon Berlin:

  • Diasaskan oleh Christian Burns sejak tahun 2010
  • Kerap terlibat dalam pertunjukan fesyen di Milan, Paris, Los Angeles, Warsaw, LasVegas, Vancouver, Beijing, Jakarta, Budapest, dll.
  • Pernah bekerjasama dengan IBM & NASA
  • Tahun 2015, teknologi “heated cashmere coat” diperkenalkan
  • Pembuatan dan pengeluaran hanya dibuat di negara EU sahaja untuk kualiti maksima
  • Teknologi terkini adalah pencahayaan pada baju mahupun aksesori yang dikawal oleh kuasa bateri. Dan ianya boleh dibuka serta ditutup. Kuasa bateri ini bertahan selama lebih 15 jam dan boleh dicas semula.
  • Menggunakan material kulit terbaik dan “woven fibre optik”, hasil pakar dari Berlin & Milan

Info lanjut boleh terus ke laman web Moon Berlin

Mulanya, saya ingat hanya sekadar gaun putih, tanpa apa-apa perhiasan langsung. Tapi, bila dalam keadaan gelap, saya terkedu.

Cinderella-Waktu-Siang-Nampak-Biasa,-Malam-Bertukar-Cahaya
Nampak macam sememeh je bahagian atas baju. Tengok gambar dalam gelap di bawah
Cinderella-Waktu-Siang-Nampak-Biasa,-Malam-Bertukar-Cahaya-2
See? Speechless!

Gaun cinderella Zac Posen bukan biasa-biasa. Saat lampu ditutup, saya seperti melihat alam semesta. Sebab, kilauan pada gaun memang seperti alam semesta. Dalam gelap ada bintang. Boleh dikatakan hasil rekaan Zac Posen bakal menjadi trend satu dunia.

Salah satu alternatif sebagai lampu jalan lepasni. Hihi

Ini yang akan berlaku bila teknologi diaplikasikan pada industri fesyen. Fesyen moden yang saya jamin akan menggetarkan bukan tulang rusuk dah. Dengan roh anda akan bergetar sekali. Sebab terlalu cantik!

Cinderella-Waktu-Siang-Nampak-Biasa,-Malam-Bertukar-Cahaya-3

Cinderella-Waktu-Siang-Nampak-Biasa,-Malam-Bertukar-Cahaya-4

 Cuba Baca Artikel Bella Ammara Pencetus Trend Jubah Di Malaysia

magicalips-zac-posen-3

magicalips-zac-posen-4

4 thoughts on “Gaun Pantul Cahaya Zac Posen Mendahului Masa

  1. Pingback: Cinderella Waktu Siang Nampak Biasa, Malam Bertukar Cahaya - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *