Jual Aiskrim 50 Sen Pun Dah Boleh Kaya

ais1

Sekarang ni kat mana-mana asyik dengar orang dok sembang pasal aiskrim Malaysia kan? Kat laman sosial lagi lah banyak gambar aiskrim Malaysia. Yang terbaru ni ada perisa sumi dan coki-coki. Banyak betul idea mereka untuk buat pelbagai perisa aiskrim Malaysia. Hebat!

Pssttt. Saya pun dah tergoda dengan aiskrim Malaysia ni. Buat sendiri tau! Hehe

Jual Aiskrim 50 Sen Pun Dah Boleh Kaya

Macam mana jual aiskrim yang hanya harga 50 sen dah boleh kaya?

Ha meh sini nak gitau tips dapat duit banyak dengan hanya jual aiskrim semurah ini!

1. Paling penting kena ada semangat bila bab-bab bisnes ni. Baru lah menjadi nanti!

ais3

Gambar dari wanita.cari

2. Malaysia is panas. Panas is Malaysia. Bila panas kita cari makanan/minuman sejuk kan? So aiskrim ni paling dapat perhatian lah.

ais4

Kredit to Aila

3. Buat pelbagai perisa aiskrim Malaysia dan jual di rumah. Kalau nak lebih adventure sikit, pasang kemah depan sekolah then jual. Jual depan rumah pun dah cun lah! Ataupun hantar aiskrim kat kawan korang yang ada bukak kedai. Tak kira la kedai apa pun.

ais2

Gambar dari daridapur.com

4. Maintain kan kesedapan perisa aiskrim Malaysia tu. Bila dah ramai beli, korang jangan pula kurangkan rasa nya. Nanti confirm pelanggan korang makin kurang!

ais5

Bila cakap pasal bisnes mesti ramai yang takut. Bukan takut hantu ke apa. Takut rugi dan banyak saingan. Kan? Sebab tu tips mula-mula saya bagi is kena kuat semangat! Ramai yang cakap bisnes aiskrim Malaysia ni ada bahan-bahan yang bahaya macam susu cair+susu pekat lagi+gula lagi kan? So kita gunalah bahan-bahan yang lebih selamat untuk mendapat kualiti yang lebih bagus.

Ok, cukuplah tips untuk jual aiskrim tu. Kalau korang buat tips-tips saya kat atas tu, Inshaa Allah berjaya! Sebenarnya, agak mudah untuk cari duit lebih. Lagi-lagi ekonomi sekarang tengah menaik ni. Hihi.

Psstt. Aiskrim tu korang jual lah 50 sen atau 80 sen. Tu kira murah. Kat bandar ada yang jual Rm1 tau! Dulu 20 sen je. Huhu.

Kata lah korang buat aiskrim 100 batang sehari harga rm0.80 sebatang. Semua aiskrim tu habis dalam sehari. So sehari da dapat rm80. Kalau seminggu je da dapat rm560. Kalau sebulan dah rm2240. Waw!

Meh tengok video aiskrim Malaysia kat bawah ni meh.

Baca juga Resepi Nuget Homemade Yang Jimat Dan Sedap

3 thoughts on “Jual Aiskrim 50 Sen Pun Dah Boleh Kaya

  1. Pingback: Jual Aiskrim 50 Sen Pun Dah Boleh Kaya - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *