Pelajaran dari Ipman 3

review filem ip man 3

Ipman3

Pelajaran dari Filem Ipman 3 ialah kita dapat melihat ciri-ciri jelas dalam watak orang baik dan orang jahat.

Orang baik ni wajahnya kurang beriak,
sebab jiwanya tenang, sebab nafasnya perlahan dan halus. Macam tasik, tiada berombak, hanya beriak kerana angin atau daun yang terjatuh di atasnya, atau oleh ikan yang berenang di dalamnya.

Di saat-saat genting pun, dia bernafas perlahan, bukan sebab dia tahan nafas, tapi sebab 3 chakra bawahnya kuat. Nafasnya tidak meluru keluar, hanya meluru ketika ketawa sebab suka baca cerita lucu, hahaha..

Orang jahat suka beradu kekuatan, demi membuktikan ilmunya lebih betul dan supaya namanya masyhur. Tapi, orang jahat ni hensem. Hahaha..

Yang pasti, orang baik berlawan dengan Power iaitu kerana kasih sayang, orang jahat berlawan guna Force iaitu kerana ego hehe..

Power dan Force
Power dan Force

Orang baik juga suka meminta maaf, walaupun kesalahan itu tidak dilakukannya secara langsung. Tapi sebagai satu kesatuan yang saling berhubung dia tahu dirinya telah turut menyumbang kepada sesuatu permasalahan tersebut.

Bagaimana mengalahkan orang baik untuk menjadi yang terbaik?

Pernah saya baca, berlumba lah melakukan kebaikan. Tapi kalau buat kebaikan kerana pertandingan itu bukan lagi kebaikan kan. Itu keegoan. Haha..

Orang baik tidak perlu dikalahkan, pada saat kita mau mengalahkan orang baik untuk menjadi yang lebih terbaik, kita sudah menjadi jahat. Terjatuh ke frekuensi ego. Ramai yang terjebak di sini, saya pun kadang-kadang. Hahaha..

Orang baik, semulajadi mengeluarkan aura kebaikan tanpa niat, kerana sudah biasa, sudah sebati dihatinya sentiasa baik. Orang jahat dihatinya sentiasa mau jadi yang terbaik. Itu bagus, tapi mengalahkan orang baik untuk jadi yang terbaik itu tidak perlu.

Apa yang perlu ialah copy vibrasi baik itu, biar jadi seirama dan senada. Bila sudah sinkron, anda juga adalah yang terbaik dengan cara dan nama anda sendiri.

Love always.

2 thoughts on “Pelajaran dari Ipman 3

  1. Pingback: Kisah Pasangan Korea Yang Pura-pura Bercinta Kerana Terpaksa - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *